THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 24, 2009

Benda Paling Keras Di Dunia


Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayah nya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa,,siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung….. Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling
keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf,
bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan….

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye
logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri…

Muncullah lelaki ke-2…..

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam
dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar
lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan…..

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda
yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya… Kemudian muncul lah
lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa
pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa ben a tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket
hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dalam poket
hamba ini…

Maharaja: Hmmmm…. Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu… Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu
hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri
berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan… Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat….

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak….

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe…….

Tapi….. Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan
kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?
Hehehehehehehehehe…..

BENDA ITU IALAH…… COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!
AWAK INGAT APA???? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA…TAK SESUAIII TAU KORANG

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHE…………

Lawak Pak Arab


Ditakdirkan seorang gadis Melayu telah berkahwin dengan Pak Arab yang kaya raya. Malam pertama babak asmara bermula……

Gadis : Pak Sheikh…ana takutlah…ana tak biasa….Pak Sheikh jangan ganas-ganas ye……

Pak Arab : Baiklah….anta bukaklah dulu…..

Gadis : Tak boleh….ana malu….Pak Skeikh bukalah dulu…..

Pak Arab : Baik….hah tengok ni…….

Gadis : Waw!….Waw!….Waw!….

Pak Arab : Bukan!….Bukan….Ini bukan Waw…Ini Aliffff!…….

Gadis tersenyum……………….

Lawak Gangster




Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa
isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "

Saturday, July 18, 2009

Racist

Untuk berjaya dan maju kita mesti bersikap perkauman. Melayu tak maju sebab tidak bersikap perkauman. Cina maju sebab mereka bersikap perkauman. India maju sebab mereka perkauman. Orang melayu telah ditegah dari zaman British sampai sekarang dari bersikap perkauman.

Bersikap perkauman yang saya maksudkan bukanlah nak bunuh kaum lain tapi kita mesti mementingkan bangsa kita. Apa yang kita lakukan mestilah mementingkan bangsa Melayu. Jika kita berbelanja utamakan perniagaan Melayu, jika barangan/servis tiada dikedai Melayu baru pergi kekedai kaum lain. Ya… ianya memang bersifat perkauman tapi inilah juga yang dilakukan oleh kaum yang lain. Sebab itu mereka kaya dan maju…. Siapa orang paling kaya di Malaysia??? Berapa banyak jutawan cina di Malaysia??? Berapa orang jawatan Melayu… ?

Mengatakan JANGAN bersikap perkauman memang MENGARUT… kalau betul tak boleh bersikap perkauman kenapa ada UMNO, MCA dan MIC… itu semua parti berasaskan kaum… jadi perkauman la…. kalau betul2 tak boleh bersikap perkauman bubarkan je parti tu semua…. semua badan, institusi atau apa saja yang berasaskan kaum MESTI dibubarkan…….persatuan2 cina … persatuan2 melayu… persatuan2 India… tutup je semua sekolah tamil… tutup je semua sekolah cina…buat satu je satu sekolah …. sekolah Malaysia.. abis cerita… jadi tak de la soal perkauman ni bangkit….

kesimpulannya. . Jika saudara kita perlukan pertolongan kita mesti tolong. dan kita mesti menjaga kepentingan bangsa kita untuk kita terus hidup merdeka!

jadi , merdekakanlah jiwa dan pemikiran anda dari terus dijajah… sia-sia je Malaysia merdeka jika minda dan jiwa anda masih dijajah….!!

Thursday, July 16, 2009

Durian



sori ar,x de idea lor nk nk mnge post blog..
yg aku tau skrg ni musim durian..
jd jom ar kte rmai2 lantak durian k...


Related Posts with Thumbnails